Latar belakang Majlis_Perbandaran_Kemaman

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah dinaikkan taraf dari Majlis Daerah Kemaman ke Majlis Perbandaran Kemaman di bawah Enakmen Negeri Terengganu, Bil 5 tahun 2002 pada 1 Januari 2002.

Kawasan operasi MPK ketika ini berkeluasan 1,335.081 km persegi merangkumi dua belas buah mukim iaitu Chukai, Banggol, Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kerteh, Binjai, Pasir Semut, Tebak, Hulu Cukai, Bandi dan Hulu Jabur. Pada 18 Julai 1996, persempadanan MPK telah dibuat perluasan di mana Kerajaan Negeri telah mewartakan seluruh Daerah Kemaman sebagai kawasan MPK. Ini menjadikan kawasan tadbir MPK seluas 2,535.59 km persegi.

Kenaikan taraf Majlis Daerah Kemaman kepada Majlis Perbandaran adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu :

  1. Mempunyai penduduk melebihi 100,000 orang.
  2. Memperolehi pendapatan tahunan melebihi 10 juta.
  3. Mempunyai kemudahan infrastruktur bagi kebajikan penduduk.
  4. Mempunyai pusat bandar setaraf ibu negeri.
  5. Keperluan penduduk lebih kepada perbandaran.